Atlet muda negara beraksi cemerlang apabila memecahkan dua rekod Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina, hari ini.
Muhammad Azeem Mohd Fahmi, 15, muncul “Putera Pecut” ASEAN selepas meraih pingat emas acara 100m dengan mencatat rekod baru kejohanan, 10.69 saat.
Rekod terdahulu kejohanan remaja itu dipegang pelari muda Thailand, Rattanopon Sowan, dengan catatan masa 10.74s yang dilakukan dalam edisi 2011 di Jakarta, demikian menurut keputusan yang diperoleh daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Acara 100m lelaki itu juga menyaksikan dua kedudukan teratas menjadi milik atlet Malaysia selepas Muhammad Arsyad Md Saat meraih pingat perak setelah mencatat 10.87s, manakala pelari Indonesia, Muhammad Ardiansyah, memenangi gangsa.
Sementara itu, atlet kelahiran Sarawak, Jonah Chang Rigan, meleburkan rekod acara lontar peluru dengan balingan sejauh 18.03m untuk memadamkan rekod 16.76m milik seorang lagi atlet Thailand, Patcharapol Singrueang, yang dicipta tahun lalu, untuk meraih pingat emas.
Atlet Thailand, Bandit Singhatongkul, memenangi perak dengan merekodkan lontaran 17.62m manakala Lee Jun Long Matthew dari Singapura membawa pulang gangsa dengan catatan 17.01m.
Dalam pada itu, kontinjen Malaysia menambah koleksi pingat emas menerusi Mohd Irfan Izzah dalam acara 110m berpagar lelaki.
Atlet berusia 17 tahun dari Manjung, Perak, itu mencatat masa 13.75s untuk meraih emas manakala peserta Singapura, Marc Brian Louis (14.07s), dan atlet Thailand, Suttipong Tongpech (14.38s), masing-masing memenangi perak dan gangsa.
-- BERNAMA