Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim, berharap kehadirannya ke temasya Sukan Asia Indonesia 2018 mampu menyuntik semangat tinggi kepada anak buahnya dalam misi memperbaharui rekod kebangsaan selepas sebelum ini kecewa tidak dapat mengiringi mereka ke latihan intensif di Jerman.
Poad menyedari kekecewaan anak buahnya yang menjalani latihan di Jerman selama sebulan tanpa jurulatih di sisi tatkala mereka sedang giat mempersiapkan diri untuk aksi penting dalam Sukan Asia.
Kini, beliau berharap Khairul Hafiz Jantan, Haikal Hanafi dan Zulfiqar Ismail tidak mensia-siakan peluang untuk cuba memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 100 meter dan 4x100m di Indonesia.
Paling utama, Khairul Hafiz selaku raja pecut negara yang akan mencuri tumpuan bagi mengatasi rekod 10.18 saat di samping berpeluang bersaing bersama bintang pecut Asia dari China, Su Bingtian.
"Sasaran 4x100m adalah memecah rekod kebangsaan. Kami mahu menempatkan diri dalam final.
"Bagi Khairul Hafiz dalam acara 100m pula, dia telah melakukan catatan terbaik tahunan, 10.28s, baru-baru ini.
"Saya yakin dia akan memperbaiki catatan itu."
"Kami telah menilai semula rakaman larian kami. Kami sudah mencapai keserasian untuk menghadapi Sukan Asia," kata Khairul Hafiz.
Poad yang menerima tajaan daripada syarikat penjagaan kulit organik terbaik Asia, Orgga, untuk ke Indonesia menganggap ini adalah usahanya sendiri untuk mencari penaja dan tiada paksaan daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang dilihat lepas tangan.
"Perkara ini tidak menjadi isu sebenarnya.
"Ini adalah usaha saya sendiri untuk membawa masuk penaja.
"Selain itu, saya sudah berbincang dengan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Karim Ibrahim, dan ketua jurulatih olahraga, Zainal Abas, untuk mendapatkan akreditasi temasya," kata Poad.