OLAHRAGA

Olahraga MSSM: Saya mahu tewaskan diri sendiri -- Maritza Ferrer Anak Neil Armstrong

Stadium Astro
Saufi Tahir
20/10/2024
08:58 MYT
Sponsor Banner
Olahraga MSSM: Saya mahu tewaskan diri sendiri -- Maritza Ferrer Anak Neil Armstrong
Atlet lompat jauh B-18 Sarawak, Maritza Ferrer Anak Neil Armstrong, berjaya mengubati kekecewaan edisi lalu dengan prestasi cemerlang kali ini dalam saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024.
Ketika MSSM 2023, pemenang pingat gangsa di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 itu sekadar berada di kedudukan keempat, dengan catatan terbaiknya adalah 5.09 meter hanya 0.02 meter dibezakan dengan pemenang pingat gangsa.
Namun, kali ini Maritza membuat kejutan selepas berjaya mencatat lompatan sejauh 5. 76 meter dalam percubaan ketiga sekali gus memecahkan rekod peribadinya iaitu 5. 61 meter di saingan Sukma Sarawak tempohari untuk dinobatkan sebagai juara dalam penampilan terakhirnya di pentas MSSM.
"Pertama sekali saya berasa sangat bangga kerana sudah lama mahukan pingat emas di MSSM memandangkan ini kali kedua saya.
"Kejohanan lain saya tidak dapat turut serta. Terima kasih kepada jurulatih dan keluarga atas sokongan. Saya mahu menewaskan diri saya sendiri, tidak bersaingan dengan atlet lain dan saya mahu menyaingi rekod saya sendiri." katanya kepada Nadi Weekend.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video