Barisan atlet pecut negara bakal beraksi dalam final acara 4x100 meter Sukan Asia 2018 esok selepas mengakhiri saingan di tangga kelapan secara keseluruhan, sebentar tadi.
Dalam saingan yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, kuartet Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Khairul Hafiz Jantan berada dalam saringan kedua bersama tuan rumah, Indonesia.
Malaysia mencatatkan 39.59 saat untuk layak ke final dengan mengakhiri saingan di tempat kelapan daripada 14 negara yang mengambil bahagian.
"Alhamdulillah kami layak ke final, memang kami ada misi untuk memadam rekod kebangsaan dan jika dapat pingat, ia adalah bonus," kata Khairul Hafiz.
Indonesia pula lebih cemerlang di tempat ketiga di belakang Jepun dan China dengan merekodkan catatan terbaiknya tahun ini, 39.03s.
Dalam acara padang pula, atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, gagal berada di kedudukan podium selepas berkesudahan di tempat kelima dengan melakukan catatan 57.70s.
"Saya mengakui mengalami tekanan kerana mahu meraih pingat dalam Sukan Asia. Beraksi dalam Kejohanan Asia sebelum ini, saya mampu meraih perak tetapi balingan saya kali ini tidak menjadi," kata Irfan.
Muhammad Hakimi Ismail yang beraksi dalam acara lompat kijang turut gagal menyerlah apabila melakukan catatan 16.15m untuk menamatkan saingan di tempat ketujuh.
"Prestasi yang tidak dijangka. Saya gagal melakukan catatan yang baik," kata Hakimi.
Nasib turut tidak memihak atlet lompat bergalah, Mohd Iskandar Alwi, yang mengakhiri cabaran di tangga kesembilan dengan ketinggian 5.20m.
Dalam acara heptatlon pula, Norliyana Kamaruddin hanya dapat berpuas hati di tempat ke-10 selepas memungut 4,657 mata, jauh daripada pungutan mata terbaik ketika beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, tahun lalu (5,247 mata).
"Saya tidak berjaya melakukan catatan peribadi terbaik untuk tahun ini," kata Norliyana.