Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, menafikan dakwaan Ketua Kontinjen Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, bahawa beliau mengambil sikap lepas tangan terhadap jurulatih pecut negara, Poad Md Kassim, sehingga terpaksa mencari penajaan sendiri untuk ke Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Karim, yang kecewa dengan kenyataan Abdul Azim, tampil menjelaskan bahawa mengikut sistem penggiliran, Poad sedia maklum bahawa namanya tidak ke Sukan Asia kerana jurulatih itu telah dihantar ke Sukan Komanwel dan hanya jurulatih, M. Balamurugan, ke Indonesia.
“Beliau (Abdul Azim) sepatutnya menghubungi saya untuk meminta penjelasan, bukan terus menuding jari begitu sahaja.
“Memang KOM membuat sistem penggiliran, jurulatih Poad sendiri sudah maklum perkara ini.
"Saya tahu beliau mendapat penajaan ke Sukan Asia, pihak KOM sedang menguruskan kad akreditasi harian beliau di sana.
"Permohonan kad akreditasi bukan mudah, saya sendiri tiada akreditasi itu,” katanya kepada Bernama.
Portal tempatan mendakwa Abdul Azim bengang sebaik mendapat tahu Poad terpaksa meraih simpati daripada penajaan luar demi membolehkan penyertaannya itu di Jakarta.
Namun, Poad sendiri memaklumkan bahawa beliau mencari penajaan sendiri kerana mahu memberikan sokongan moral kepada anak buahnya dan sudah sedia maklum dengan sistem penggiliran KOM itu.
Bagaimanapun, Poad dikatakan masih belum mempunyai kad akreditasi, namun perkara itu bukan satu masalah apabila pihak KOM dikatakan akan berusaha untuk mendapatkannya.
-- BERNAMA