Jurulatih olahraga pecut negara, M. Balamurugan, menganggap nasib tidak menyebelahi kuartet 4x100m lelaki negara selepas aksi mereka dibatalkan dalam final saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang, malam tadi.
Hasrat kuartet 4x100m negara yang diwakili Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi serta Khairul Hafiz Jantan untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam final saingan Sukan Asia tidak menjadi kenyataan.
Ia berikutan berlaku kekeliruan ketika pertukaran baton melibatkan pelari pertama dan kedua sehingga mengakibatkan larian mereka dibatalkan.
Begitupun, Balamurugan, melihat kejayaan mara ke final buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun merupakan satu peningkatan selepas melakukan perkara yang sama dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
"Bukan larian Malaysia sahaja yang pernah dibatalkan, China, Jepun dan negara kuasa besar juga pernah gagal.
"Ini pengalaman buat atlet Malaysia. Mereka akan bangkit tahun depan, barisan kejurulatihan menaruh harapan besar kepada mereka.
"Selepas ini terdapat ramai pelari muda yang akan diketengahkan, kami akan berbuat yang terbaik demi negara," katanya.
Dalam pada itu, Balamurugan turut memuji aksi yang dipamerkan atlet pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, meskipun hanya menduduki tangga terakhir saingan final 100m wanita dalam penyertaan Sukan Asia sulungnya.
Zaidatul merekodkan 11.61s dalam saingan yang dimenangi atlet Bahrain, Edidiong Odiong.
Catatan itu tidak dapat menyaingi catatan terbaiknya musim ini, 11.59s, yang dilakukan dalam pusingan pertama.
"Bukan senang untuk berlumba dalam acara individu sebanyak tiga kali.
"Dia mengatasi 31 peserta yang lain di peringkat saringan sebelum mara ke separuh akhir dan layak ke final berdasarkan catatan masa terbaik.
"Mereka perlu diberi pendedahan lagi. Barisan kejurulatih akan berbincang pula bagi persiapan menghadapi dua kejohanan utama tahun depan," ujarnya.