Skuad olahraga gagal membuktikan kemampuan untuk menyinar di pentas tertinggi selepas gagal menyumbang pingat walaupun dibarisi tiga atlet Program Podium dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Pencapaian cemerlang dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 membawa kepada penyertaan lebih ramai atlet negara di Gold Coast berbanding edisi empat tahun lalu di Glasgow.
Misi utama adalah menamatkan kemarau 16 tahun Malaysia memenangi pingat Sukan Komanwel selepas kali terakhir melakukannya di Manchester menerusi atlet jalan kaki, Yuan Yufang.
Namun, misi itu gagal terlaksana apabila semua wakil negara kecundang dalam acara masing-masing dan lebih mengecewakan, tiga atlet Program Podium gagal untuk menyerlah.
Mereka terdiri daripada Nauraj Singh (lompat tinggi) Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Muhammad Hakim Ismail (lompat kijang) dengan ketiga-tiganya turut gagal menyamai pencapaian terbaik masing-masing.
"Semestinya sasaran buat atlet-atlet Podium adalah mendapatkan pingat dalam kejohanan besar dan tiga atlet olahraga tidak berjaya membawa pulang pingat Sukan Komanwel.
"Kami percaya mereka mempunyai keupayaan sehingga dipilih ke dalam Program Podium, namun tidak menjadi sewaktu kejohanan sebenar," ujar ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.
Sementara itu, persembahan pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, juga hambar selepas mencatat 10.50 saat, yang jauh tersasar daripada rekod peribadi yang juga rekod kebangsaan, 10.18s, serta masa terbaik tahunannya, 10.24s.
"Kami mempelajari banyak perkara dan kami berlatih acara berganti-ganti hanya dua kali seminggu.
"Untuk mendapatkan keserasian, ia masih belum dapat dicapai sepenuhnya," kata Khairul Hafiz.
Perkembangan positif sedikit hadir menerusi kuartet 4x100 meter negara yang menyaksikan mereka mencipta sejarah layak ke final buat julung kalinya dalam Sukan Komanwel selain kemaraan Zaidatul Husniah Zulkifli ke separuh akhir acara 100m wanita.
"Secara keseluruhan, atlet-atlet olahraga negara dilihat sukar untuk menyaingi atlet Sukan Komanwel. Daripada 13 atlet yang ada, hanya empat atlet yang mempunyai pengalaman dalam edisi sebelum ini.
"Pendedahan dan peluang ini cukup baik buat mereka mendapatkan pengalaman," tambah Zainal.