Skip to main content

Sukan Lain

Olahraga ASEAN B-18/B-20: Raziq Muqri butirkan emas kedua negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

m-raziq.jpg
Kontinjen negara yang beraksi dalam Kejohanan Olahraga ASEAN B-18 dan B-20 Kali Ke-17 menyaksikan sebanyak 20 atlet bawah 18 tahun, dan 10 atlet bawah 20 tahun terlibat dalam kejohanan tersebut yang berlangsung dari 15 hingga 18 November di Medan, Indonesia.

Selepas Muhammad Imran Abdullah membuka langkah kanan meraih pingat emas dalam acara lompat kijang lelaki B-20 dengan lompatan sejauh 14.64m, kini giliran Muhammad Raziq Muqri Ramadhan pula mengikut jejak langkah yang sama. 




Bertanding dalam acara lompat tinggi B-18, Muhammad Raziq melakukan catatan setinggi 2 meter untuk merangkul emas, sekali gus memberi petanda baik dalam kempen Malaysia berbaki dua hari lagi.

Pada ketika ini, Malaysia sudah mengutip dua emas, dua perak (Alia Batriisya menerusi acara lompat jauh dan Fatin Nashira dalam acara 100m lari berpagar) selain satu kilauan gangsa dalam acara 400m B-18 dengan catatan masa 61.00s sumbangan Shanjanas G. Velan.


 

Advertisement

Must Watch Video