Atlet heptatlon negara, Nurliyana Kamaruddin, tidak terfikir untuk mengubah acara bagi melayakkan diri ke Sukan SEA Manila 2019 meskipun ia menuntutnya berlatih secara bersendirian tanpa jurulatih.
Nurliyana kini berlatih tanpa jurulatih memandangkan jurulatih lamanya dari Uzbekistan, Rifat Arpikov, tidak disambung kontrak.
Situasi itu menyukarkan Nurliyana yang perlu melayakkan diri ke Sukan SEA Manila, Disember depan.
Ketiadaan jurulatih turut memaksanya mengatur sendiri sesi latihan.
Dia juga terpaksa meminta bantuan jurulatih daripada disiplin lain memandangkan heptatlon terdiri daripada tujuh acara olahraga yang berbeza.
"Saya terpaksa merancang latihan sendiri tahun ini
"Sebelum ini, saya mempunyai jurulatih peribadi, namun dia kini berada di Pulau Pinang.
"Keadaan itu mengekang saya untuk berlatih di bawahnya dan terpaksa menerima tunjuk ajar jurulatih berbeza," katanya.
Di samping itu, Nurliyana juga berdepan kesukaran tiada rakan sepelatih dan masih tidak mendapat maklumat mengenai kalendar kejohanan tahun ini.
Bagaimanapun, Nurliyana enggan mengalah dan tidak mahu beralih ke acara lain.
"Saya masih belum pasti kejohanan yang menawarkan acara heptatlon tahun ini.
"Saya masih mencari kejohanan untuk disertai di luar negara.
"Buat masa ini, saya masih mahu menumpukan terhadap acara ini," tambahnya.
Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara heptatlon adalah menerusi Datuk Zaiton Othman dalam Sukan SEA Manila 1981.