Skip to main content

Paralimpik

Nuraini tawan Belgium dengan senyuman manis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

para.jpg
Pelumba basikal lebuhraya negara kategori para, Nuraini Muhamad Shukri, mengharumkan nama negara apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada Kejohanan Berbasikal Lebuhraya Para Dunia 2025.

Dalam acara ujian masa individu itu, Nuraini merangkul gangsa selepas menamatkan perlumbaan di belakang pelumba Australia, Tahlia Goodie dan pelumba Brazil, Victoria Maria.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, perasaan gambira Nuraini mendapat perhatian umum dengan senyuman manisnya meraih tempat di hati peminat.

 
@suhada.sz "Kurang upaya bukan halangan. Masalah jantung bukan penghalang. Hari ini dunia saksikan semangat seorang juara! ?? #Respect #WorldStage" #paracycling #malaysiateam?? @Sis.Ainie ♬ viva la vida - moiseslyricsss


Tahlia muncul selaku juara selepas mencatatkan 19 minit 34.82 saat untuk merangkul emas manakala Victoria pula perak selepas melakukan catatan 24 minit 42.97 saat.

Nuraini ketiga dengan melakukan catatan 26 minit 7.99 saat
Cycling

Cycling Starter Pack

Dapatkan set baju cycling ini untuk keselesaan maksima - skin-friendly, breathable, sweat-absorbent, not easy to pilling, not easy to deform.


Klik Sini

Advertisement

Must Watch Video