Skip to main content

Bola Jaring

NSL: Semangat pemain muda meluap-luap -- Fazdlun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nsl-poster.jpg
Bekas pemain kebangsaan, Fazdlun Abas, menyifatkan Netball Super League (NSL) menjadi pelantar buat pemain muda untuk mempamerkan taring.

Bekas atlet bola jaring yang beralih ke bidang peragaan itu sukar menjangkakan pasukan manakah yang lebih menyerlah antara lapan pasukan yang akan bertanding di Stadium Juara, Bukit Kiara, menjelang aksi pertama Jumaat ini. 

Kuala Lumpur (KL) Wildcats dan Selangor Angels muncul pasukan pilihan apabila dibarisi ramai tonggak kebangsaan mahupun bekas pemain negara.

"NSL merupakan (medan) untuk mencungkil bakat baru. 

"Pemain muda tidak boleh dipandang remeh sebab mereka terkejar-kejar dan sentiasa mencari ruang untuk merebut tempat dalam pasukan kebangsaan.

"Semua pasukan sedang buat persediaan, baik pemain muda dan berpengalaman. 

"Saya lihat mereka semua boleh main," katanya.





Motivasi untuk terpilih dalam kem kebangsaan khususnya menjadi faktor tambahan buat pemain muda melipat gandakan usaha mereka. 

Justeru, Fazdlun menganggap pemain senior tidak boleh berasa terlalu selesa sekiranya enggan terjerat. 

"Jangan pandang rendah kebolehan pemain muda sambil gabungan pemain dalam setiap pasukan dilihat seimbang.

"Pemain kebangsaan di kedudukan selesa, jadi jangan pandang enteng dengan pemain-pemain lain. 

"Semangat pemain muda memang lain macam."

Advertisement

Must Watch Video