Skip to main content

Bola Jaring

NSL: Pasukan pilihan teruskan momentum

nsl-bola-jaring.jpg
Perak Phoenix terus membuatkan Kedah Sunshine gigit jari apabila menawan lawan itu dalam pusingan kedua Kumpulan A, Netball Super League (NSL), hari ini. 

Buat sekian kali pertembungan dua wakil bola jaring dari utara itu melibatkan aksi sengit di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Selepas beberapa pertukaran pemain, Perak kembali tampil dengan persembahan lebih kemas dalam suku ketiga untuk mula mengimbangi sejak kedudukan 29-29.

Selepas memasuki suku terakhir 45-40,  rentak itu dikekalkan untuk kemenangan mutlak 61- 53.





Selangor Angels pula terus menghambat kedudukan pendahulu Kumpulan B, Johor Jewels, apabila membenam Negeri Sembilan Venom. 

88 peratus peluang yang disudahkan menghadiahkan mereka kemenangan 59-49.

Dalam perlawanan terakhir NSL hari ini, KL Wildcats melakar kejayaan 90-21 ke atas Melaka Mystic bagi memonopoli Kumpulan A.
 

Advertisement

Must Watch Video