KL Wildcats bertambah selesa untuk menerajui Kumpulan A, Netball Super League (NSL), dengan mencipta kemenangan besar ke atas pesaing terdekat, Perak Phoenix, hari ini.
Kempen minggu kedua pertandingan bola jaring itu menyaksikan KL Wildcats menang besar 67-25 di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Begitupun, mereka perlu memberi perhatian kepada aspek penyudah selepas menyempurnakan 69 peratus peluang daripada 97 percubaan.
Semalam, mereka menewaskan Melaka Mystic 90-21.
Kedah Sunshine yang menghuni di tangga ketiga pula menghidupkan peluang apabila menundukkan Melaka Mystic 63-39 dalam aksi terakhir hari ini.

Mereka secara tidak lansung menghidupkan peluang tempat kedua berikutan dipisahkan tiga mata dengan Perak untuk mengumpul enam mata menjelang baki satu lagi perlawanan.
Dalam aksi tunggal Kumpulan B, Johor Jewels terus memberi tekanan kepada peneraju, Selangor Angels, dengan berkongsi 10 mata di puncak.
Ternyata pertahanan mantap kerap membantu Johor mengekang gerakan Pahang Tulips untuk kemenangan 67-48.