Pemain bola jaring negara, Karishma S. Loganathan, sedia berkorban masa di antara pelajaran dan juga sesi latihan yang menjadi rutinnya sejak tahun lalu mampu memberi pulangan lumayan untuk memacu kecemerlangan Selangor Angels dalam Netball Super League (NSL) 2021.
Selangor Angels yang dibarisi bintang kebangsaan seperti An Najwa Azizan dan Nur Firra Syuhada Hasrin bertekad untuk membuat langkah kanan dengan mengatasi Johor Jewels dalam aksi pembukaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Jumaat ini.
"Ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit sebab kedua-dua pasukan ada pemain kebangsaan.
"Kedua-dua pasukan juga bagus.
"Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kami berlatih individu jadi kami belum tahu tahap permainan berpasukan lagi, masing-masing ada kelebihan," katanya yang kini giat menjalani persiapan fasa akhir bersama pasukan.

Dalam masa sama, pelajar di sebuah universiti tempatan itu tetap tidak mengabaikan soal pendidikannya
"Jadual harian saya membabitkan kuliah dan peperiksaan memang padat, dari pagi sampai petang.
"Jadi pada sebelah petang, saya akan menjalani latihan selama sejam atau dua. Walaupun sekadar larian ringan, saya akan tetap buat asalkan setiap hari," katanya.