JOHOR JEWELS 61 NS VENOMS 32
Johor Jewels melaung amaran buat Selangor Angels selepas merakamkan kemenangan bergaya ke atas Negeri Sembilan Venoms 61-32 dalam aksi Kumpulan B saingan Netball Super League di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Johor yang menghuni tangga kedua Kumpulan B memasuki perlawanan hari ini selepas meraih kemenangan ke atas Pahang Tulips 67-48 dalam aksi terdahulu.
Suku pertama menyaksikan aksi cemerlang dalam aspek serangan dan bertahan, memastikan skuad kendalian Fazira Mesnan itu mendahului 14-7.
Ketangkasan dipamerkan oleh Fariha Razak dan Pow Mei Foong membantu Johor terus memimpin perlawanan hingga tamat suku kedua 28-14.
NS berusaha untuk mengejar permainan namun Johor mengekalkan rentak apabila kekal di hadapan selepas tamat suku ketiga 41-21.
Permainan yang lebih diperkemaskan NS bagi suku terakhir membenarkan mereka mengutip mata demi mata, namun jurang kedudukan yang besar menyaksikan mereka terpaksa akur dengan kekalahan 61-32.