Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, pula meluaskan pengaruhnya ke persada antarabangsa menerusi pelantikan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Etika Persatuan Sukan Perpaduan Islam.
Norza menambah tanggungjawab dan portfolio seiring dengan karisma yang dimilikinya dalam kepimpinan sukan.
Sebelum ini diangkat sebagai naib presiden Majlis Olimpik Asia zon Asia Tenggara, Norza telah memainkan peranan penting dalam memartabatkan sukan negara dari aspek pengurusan dan menyemarakkan perpaduan dunia islam di peringkat global.
Temasya Sukan Perpaduan Islam yang juga merupakan penganjuran edisi keenam bakal membuka tirainya pada 7 November di Riyadh, Arab Saudi.
Antara tuan rumah edisi terdahulu termasuk negara Iran, Indonesia, Azerbaijan dan Turkiye pada tahun 2021.
Lebih menarik, Norza memiliki visi dan misi menjadikan Malaysia sebagai destinasi penganjuran temasya ini satu hari nanti.
Cuba Sekarang

Protein On-The-Go
Nikmati cara paling mudah dapatkan protein harian — cepat, sedap & mengenyangkan.
Cuba Sekarang