Meningkatkan portfolio persatuan sukan di Malaysia, emas pertama Sukan Olimpik negara dan inisiatif sifar doping menjadi sebahagian daripada manifesto bakal presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria.
"Cara terbaik adalah tidak meletakkan harapan pingat hanya kepada sukan-sukan tertentu dengan memperkasakan beberapa aspek, iaitu peringkat akar umbi dan pengurusan tadbir sesebuah organisasi.
"Saya berharap dapat bertemu dengan persatuan-persatuan ini selepas meraih pasukan baru dan menyelami maklumat terperinci sukan-sukan itu sama ada sejajar dengan persatuan atau tidak.
"Satu matlamat, iaitu untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik akan datang dan meliputi sasaran persatuan-persatuan sukan," katanya.
Kedudukan Norza sebagai pengganti Tunku Imran Tuanku Ja'afar mutlak selepas dia muncul calon tunggal presiden bagi penggal 2018-2021.
Tetapi dinamik kepimpinan Norza akan dipengaruhi siapa timbalan dan setiausaha agungnya, dua jawatan yang menjadi rebutan.
"Tiada individu yang lebih besar daripada organisasi. Saya mahu pasukan yang akan datang tidak hanya bergantung kepada panduan yang saya tunjukkan.
"Saya juga mahu ia diusahakan seluruh pasukan secara kerjasama dan memberi sumbangan terbaik, terutama kepada ahli-ahli gabungan," katanya lagi.
Tumpuan pemilihan bakal tertumpu kepada jawatan timbalan presiden apabila naib presiden merangkap Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, akan ditentang Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Jawatan setiausaha agung yang disandang Datuk Low Beng Choo pula bakal dicabar naib presiden, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.
Norza menang jawatan presiden MOM selepas pencalonan Ahli Lembaga Eksekutif organisasi yang memayungi persatuan sukan kebangsaan bagi penggal 2018-2021 ditutup petang semalam.
Peralihan jawatan berkenaan akan berlangsung secara rasmi dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) dan pemilihan MOM pada 5 Mei ini.
Calon presiden:
• Datuk Seri Norza Zakaria (menang tanpa bertanding)
Calon timbalan presiden:
• Datuk Seri Abdul Azim Zabidi
• Datuk Megat Zulkarnain Omardin
Calon naib presiden:
• Prof Datuk Zakaria Ahmad (penyandang)
• Datuk Paduka Mumtaz Jaafar (penyandang)
• Datuk Ong Poh Eng (penyandang)
• Datuk Nur Azmi Ahmad
• Mahinda Valipuram
• Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim
• Datuk S. Shamala
• Datuk Mohamad Taufik Omar
• Nik Azzeen Adam Daud
Calon setiausaha agung:
• Datuk Low Beng Choo (penyandang)
• Datuk Mohd Nazifuddin Najib