Skip to main content

Sukan Lain

Nilai jadi hub sukan keempat negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nilai.jpg
Nilai bakal menjadi hub sukan keempat negara selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merasmikan Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara yang baru.

Ini juga bermakna Kompleks Sukan Datuk Keramat yang sekian lama jadi pengeluar untuk melahirkan atlet tinju, sepak takraw dan memanah akan ditutup selama-lamanya.

Kompleks Sukan Nilai itu menempatkan gelanggang latihan tinju, memanah dan silat serta difahamkan beberapa sukan lain akan turut dipindahkan dari MSN Bukit Jalil ke sini antaranya kem berbasikal negara.

Lebih menarik, venue itu turut terletak dalam lokasi sama yang menempatkan Velodrom Nasional.

Ia turut menempatkan sebanyak 44 bilik hostel untuk pelatih MSNdan keseluruhan kompleks sukan itu boleh menampung 232 orang atlet dalam satu masa.

Selain itu, sebuah gelanggang futsal juga dibina dan akan dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Ini merupakan hub sukan keempat selepas di Bukit Jalil, Pulau Langkawi dan Pengkalan Balak yang menempatkan sukan perahu layar.
 

Advertisement

Must Watch Video