SUKAN LAIN
Nik Nazmi lawat Astro Arena
Siapa bakal Menteri Belia dan Sukan yang baru masih lagi menjadi tanda tanya tetapi di antara dua pemimpin muda yang disebut-sebut bakal bersaing mengetuai kementerian itu ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bagaimanapun, pemerhati sukan negara berpendapat Syed Saddiq terlalu muda untuk mengetuai Kementerian Belia dan Sukan berbanding Nik Nazmi yang 11 tahun lebih tua daripadanya.
Disebut-sebut sebagai calon popular untuk portfolio berkenaan, Nik Nazmi berkongsi aspirasinya untuk membawa haluan sukan negara ke tahap tertinggi ketika melakukan lawatan tidak rasmi ke pusat penyiaran Astro Arena di Petaling Jaya, hari ini.
Iklan
"Jika saya diberi tugas itu (Menteri Belia dan Sukan), saya fikir perkara pertama yang harus kita buat ialah perlu ada satu pelan tindakan bagaimana untuk mendapatkan pingat emas pertama kita dalam Sukan Olimpik.
"Kita perlu lihat secara menyeluruh, secara fokus bidang sukan mana, atlet mana yang berpotensi. Kita harus meletakkan segala pelaburan terhadap bidang (sukan) tersebut," katanya.
Must-Watch Video



