Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Nicol bakal buat penampilan Kejohanan Individu Asia buat kali terakhir

nicol-david.jpg
Skuad skuasy negara sedang menyunting Datuk Nicol David untuk membuat satu penampilan kompetitif terakhir di laman sendiri sebelum dia menggantung raket Jun depan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Individu Asia yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, awal Mei depan.

Sebagai tuan rumah, Malaysia berpeluang memanfaatkan kelebihan kuota bagi saingan lelaki dan wanita.

Setakat ini, pemain muda menjadi keutamaan tetapi kehadiran Nicol selaku juara sembilan kali akan memberikan impak luar biasa.

"Kami sedang berusaha. Ini akan menjadi penampilan terakhir buat Nicol dalam saingan Kejohanan Asia buat Malaysia," kata jurulatih skuad negara, Ajaz Azmat.

Sementara itu, beban untuk merangkul kejuaraan diletakkan ke atas bahu skuad lelaki yang diketuai Nafiizwan Adnan.

"Saya yakin dengan kebolehan Nafiizwan menjelang kejohanan ini kerana dia memiliki rekod yang baik berdepan barisan pemain di Asia."

Advertisement

Must Watch Video