Negeri Sembilan mendakap kejuaraan dalam Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan B-17 buat julung kalinya untuk membuktikan kewibawaan dengan menewaskan finalis musim lalu, Selangor, di Stadium MABA, hari ini.
Skuad Negeri Sembilan terlebih dahulu meraih pencapaian memukau itu apabila menumbangkan juara bertahan, Kuala Lumpur, di peringkat separuh akhir.
Enggan berputih mata buat sekian kalinya susulan kekalahan dalam final musim lalu, ia menjadi azimat buat Negeri Sembilan menundukkan Selangor.
Suku pertama bermula sengit apabila hanya tiga mata memisahkan dua pasukan ini yang menyaksikan Negeri Sembilan di depan 14-11.
Bermula suku berikutnya, Negeri Sembilan mula menjarakkan diri dengan kawalan bola lebih kemas.
Dan dalam kedudukan 40-27 pada permulaan babak terakhir, Selangor makin hanyut bergelut dengan kecergasan.
Senario itu membolehkan Negeri Sembilan dan ketua jurulatihnya. K. Satyaseelan, meraikan pencapaian bersejarah menerusi keputusan 58-37.
"Pasukan saya telah menjalani latihan sejak Januari lagi. Kekuatan kami berdasarkan kerjasama berpasukan.
"Sebelum perlawanan, saya berpesan kepada anak buah bahawa peluang dalam perlawanan ini seimbang, namun saya mendapati kecergasan pemain Selangor tidak berada di tahap yang baik," kata Seelan, yang merupakan bekas kapten kebangsaan dan pernah menjuarai pentas ini sekali.