Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Nets, Timberwolves ke playoff

kevindurant_.jpg
Brooklyn Nets menewaskan Cleveland Cavaliers 115-108 dalam perlawanan pertama playin NBA hari ini.

Nets kini menjadi pilihan ketujuh dalam Sidang Timur, mengesahkan laluan ke playoff dan akan bertemu pilihan ketujuh, Boston Celtics dalam  perlawanan pertama.

Kyrie Irving melakukan 10 percubaan dan menyumbangkan 34 mata dan 12 bantuan tetapi Kevin Durant mengambil alih peranan itu dalam separuh masa kedua untuk menyumbangkan 25 mata, 11 bantuan, dua pintasan dan tiga hadangan.

Dalam pada itu, Minnesota Timberwolves melayakkan diri ke playoff buat kali kedua sejak 2004 selepas menewaskan Los Angeles Clippers 109-104.

Timberwolves -- yang kehilangan All-Star, Karl Anthony, gara-gara faul pada awal suku keempat -- menamatkan saingan dengan 26-11 untuk mengesahkan kemenangan dan ia bermakna, mereka akan berdepan Memphis Grizzlies dalam perlawanan pertama playoff.
 

Advertisement

Must Watch Video