Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: LeBron ratapi kepincangan LA Lakers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lebron.jpg
LeBron James berkata kemerosotan Los Angeles Lakers sebenarnya sudah dijangka kerana mereka tiada keserasian memandangkan pasukan itu sedang tempang. 

Lakers mengalami kekalahan keempat berturut-turut buat kali pertama musim ini apabila tewas 110-138 kepada San Antonio Spurs, semalam. 

Ketua jurulatih, Frank Vogel, dan lima pemain lagi tidak dapat diturunkan kerana terikat dengan protokol kesihatan dan keselamatan COVID-19 yang ditetapkan NBA, sementara Anthony Davis masih diketepikan berikutan kecederaan lutut dalam perlawanan terakhir di Staples Center itu sebelum ia bertukar kepada Arena Crypto.com.

Juara NBA empat kali dan Pemain Paling Bernilai (MVP), James, yang menyumbang 36 mata dan mencatat sembilan rebound berkata ia sesuatu yang tidak mengejutkan memandangkan Lakers sedang bergelut.





"Setiap tahun kami berdepan cabaran baru. Ini adalah tahun berbeza kerana pasukan boleh kehilangan pemain dalam sekelip mata. Ia situasi yang tidak boleh diramalkan. 

"Setiap kali ujian calitan dijalankan, kami perlu melihat siapa yang positif dan negatif, kemudian merancangnya dari situ."

Lakers menambah: "Pada masa lalu, kami tidak berdepan masalah pemain yang akan perlu disisihkan. Kami hanya perlu memikirkan cara terbaik untuk menang. 

"Kami cuma perlu berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Tetapi kali ini kami tidak mempunyai sebarang peluang untuk berusaha (kerana kehilangan pemain di bawah protokol kesihatan). 

"Kami tiada kepastian. Kami tidak mempunyai keserasian dengan mana-mana barisan yang diterapkan kerana kekangan kurang beraksi bersama. 

"Apakah barisan kuat kami selain saya dan Russ Westbrook dan Anthony Davis? Kami pernah tersisih jadi kami tidak pasti."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video