Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Impian kejuaraan The Nets terjejas

nash.jpg
Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, mengakui ketiadaan James Harden menjadi faktor utama harapan mereka meraih gelaran NBA terjejas berikutan kekalahan kepada Chicago Bulls.

The Nets -- yang sudah kehilangan Kevin Durant (hamstring) -- tanpa calon MVP itu ekoran kekejangan hamstring ketika tewas 107-115, sebentar tadi. 

Kyrie Irving menyumbangkan 24 mata dan 15 bantuan jaringan buat pasukan di tangga kedua Sidang Timur itu -- memenangi lima perlawanan berturut-turut termasuk 10 dalam 12 persembahan terakhir mereka.

Harden mencatat purata 25.9 mata, 11.1 bantuan jaringan dan 8.2 rebound dalam setiap perlawanan musim ini, justeru Nash memberitahu wartawan: "Sudah tentu ia adalah faktor (beraksi tanpa Harden).

 


"Maksud saya, kami kehilangan tonggak yang merupakan calon MVP, kami tidak begitu berikan saingan. Tetapi kami masih mampu memenangi banyak perlawanan pada tahun ini di sebalik ketiadaan pemain utama. 

"Jadi malam ini saya fikir kami tidak cukup tajam, kami tidak cukup bagus menggerakkan bola, pantas membuat keputusan, bertahan dan membuka permainan jadi pujian harus diberikan kepada pihak lawan. 

"Mereka beraksi dengan baik sementara kami tidak menampilkan persembahan yang terbaik. Saya tidak mahu mencipta sebarang alasan mengenai siapa yang tiada di sini. Kami mungkin perlu beraksi dengan lebih baik, tajam, pantas, dan kami akan belajar daripadanya."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video