Giannis Antetokounmpo mengungguli aksi separuh masa kedua ketika Steve Nash diarahkan meninggalkan gelanggang sewaktu Milwaukee Bucks menewaskan Brooklyn Nets 110-99 dalam aksi NBA hari ini.
Antetokounmpo menghasilkan 34 daripada keseluruhan 43 matanya dalam babak kedua selepas Bucks ketinggalan 43-55 dalam separuh masa sebelumnya di Fiserv Forum.
Penyerang Greek itu mendaftarkan 44 mata ketika menentang Houston Rockets hujung minggu lalu dan ia bermakna, 87 mata yang dihimpunkannya dalam dua perlawanan ini merupakan yang tertinggi sepanjang karier 10 tahunnya dalam NBA.
Nets mendahului 77-66 dalam suku ketiga sewaktu Nash diarahkan keluar padang kerana mempertikaikan keputusan pengadil selepas Antetokounmpo dikasari Patty Mills.
Bucks memperoleh 56 peratus mata daripada jaringan padang dalam babak kedua sambil Antetokounmpo turut dibantu Bobby Portis, yang mendaftarkan 20 mata dan 11 rebound, sewaktu melakar kebangkitan berkenaan.

Another game. Another 40+ point performance. Light work.
— Milwaukee Bucks (@Bucks) October 27, 2022
43 PTS | 14 REB | 5 AST | 3 BLK | 1 STL pic.twitter.com/umrwsfhmyF