Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Embiid lega bebas daripada COVID-19

joel-embiid.png
Joel Embiid fikir dia tidak akan mengatasi COVID-19 untuk bermain dalam kekalahan 121-120 kepada Minnesota Timberwolves namun dia kembali dengan memperoleh 42 mata.

Embiid terlepas sembilan perlawanan selepas diuji positif COVID-19 pada 8 November tetapi mendominasi permainan dengan 42 mata, 14 rebound, tiga assist dan dua halangan. 

Dalam ketiadaan Embiid, 76ers bergelut dengan rekod 2-7, dengan kekalahan terbaru menyaksikan mereka kini merekodkan 10-10.

Pemain berusia 27  tahun itu membantu 76ers mengurangkan defisit 20 mata ke atas Timberwolves dan memiliki peluang untuk memenangi perlawanan namun berdepan tekanan oleh Anthony Edwards ketika melakukan lontaran.

Saya benar-benar fikir saya tidak akan berjaya [untuk bermain menentang Timberwolves]. Ia adalah teruk. Saya hanya bersyukur kerana duduk di sini. Saya hanya gembira saya dapat mengatasinya

 

Advertisement

Must Watch Video