Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Durant kembali bintangi Nets

durant.jpg
Kevin Durant menyifatkan penampilan semulanya seperti 'mengayuh basikal' selepas bintang Brooklyn Nets itu meraih 33 mata selepas tidak beraksi dalam tiga perlawanan NBA.

Masalah paha memaksa bekas MVP, Durant, yang baru sahaja kembali beraksi selepas berehat selama 23 perlawanan ekoran kecederaan betis awal bulan ini.

Kembali dalam skuad, Durant tampil cemerlang membantu pendahulu Eastern Conference, Nets merekodkan kemenangan ke atas Phoenix Suns 128-119.

"Ia seperti mengayuh basikal. Anda perlu bermula dengan betul dan mendapatkan rentak, dan saya berasakan rakan sepasukan telah melakukan tugas dengan baik menjaga saya dalam gelanggang. 

"Saya banyak melatih balingan sebelum ini dan saya menggunakan rentak bagi memastikan ia dapat disempurnakan. Ini adalah permulaan yang baik, saya berharap dapat terus beraksi dengan cemerlang."
 

 

Advertisement

Must Watch Video