Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Clippers tamatkan rentak kemenangan 76ers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

clippers_1.jpg
Los Angeles Clippers memberikan khabar duka buat bekas jurulatih mereka, Doc Rivers, apabila menewaskan pendahulu Liga Persidangan Timur, Philedelphia 76ers, 122-112 dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

Rivers kembali bertemu Clippers buat kali pertama sejak dipecat pasukan itu dan menyertai 76ers peghujung musim lalu  selepas membawa pasukan Los Angeles berkenaan menyertai playoff NBA sebanyak enam kali.

Tetapi tiada apa untuk diraikan Rivers apabila rekod empat kemenangan berturut-turut 76ers ditamatkan dalam perlawanan itu.

Kawhi Leonard merekodkan 28 mata -- 19 dalam separuh pertama -- dan rakan sepasukannya, Paul George, menambah 24 mata lagi buat Los Angeles.

Terance Mann merekodkan mata tertingginya musim ini dengan 23 mata buat Clippers melaui 10 daripada 12 jaringan padang selain memanfaatkan setiap peluang tiga matanya.

Keputusan penuh:
Washington Wizards 106-92 Detroit Pistons
New York Knicks 102-96 Milwaukee Bucks
Houston Rockets 129-107 Minnesota Timberwolves
San Antonio Spurs 120-104 Chicago Bulls
New Orleans Pelicans 112-103 Dallas Mavericks
Boston Celtics 111-94 Oklahoma City Thunder
Utah Jazz 126-110 Memphis Grizzlies
Los Angeles Clippers 122-112 Philadelphia 76ers
Sacramento Kings 100-98 Cleveland Cavaliers
 

Advertisement

Must Watch Video