Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Clippers cipta sejarah ketika atasi Wizards

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luke-kennard_.jpg
Los Angeles Clippers mencatatkan kebangkitan terbaik sepanjang zaman apabila mereka bangkit daripada ketinggalan 66-31 pada suku kedua untuk menewaskan Washington Wizards 116-115.

Di Capital One Arena, separuh masa pertama hanya memihak Wizards selepas Clippers bermula dengan cukup perlahan.

Namun mereka bangkit daripada ketinggalan 66-36, dengan Amir Coffey menamatkan perlawanan dengan 29 points dan Luke Kennard meraih 26 mata, lapan rebound dan enam assist.

Washington, yang memiliki tujuh pemain merekodkan kutipan mata dua angka, terkejut apabila Kennard melakukan lontaran tiga mata ketika permainan berbaki 1.9 saat, untuk menyamakan kedudukan.

Dia diasak pemain lawan sekaligus meraih lontaran percuma dan tidak melakukan kesilapan sekaligus memastikan kemenangan.

Pelawat merapatkan jurang 93-76 pada penghujung suku ketiga, sebelum cemerlang mendominasi suku terakhir dengan 40-22, aksi cemerlang dipamerkan Kennard ternyata mengejutkan seluruh penonton tuan rumah.

Ia menjadikan Clippers sebagai pasukan pertama dalam sejaha NBA meraih kurang daripada 40 mata dalam separuh masa pertama kemudian meraih lebih daripada 40 mata dalam suku ketiga dan keempat.
 
 

Advertisement

Must Watch Video