Skip to main content

Hoki

Nations Cup: Malaysia perlukan lebih ramai pakar pukulan sudut penalti -- Syed Syafiq

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-syafiq-syed-cholan.jpg
Tumpuan khusus terarah kepada skuad hoki senior lelaki negara yang bakal menempuhi cabaran berliku dalam Nations Cup Kuala Lumpur yang bermula 15 Jun hadapan.

Ketua jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh, mendapat tonik terbaik apabila tonggak pertahanan yang juga merupakan pakar pukulan sudut penalti utama negara, Syed Syafiq Syed Cholan, disahkan cergas sepenuhnya, pasca kecederaan lutut kanan.

Syed Syafiq terlepas Jelajah Korea Selatan ekoran kecederaan tersebut -- namun pada hari ini diberi lampu hijau oleh Institut Sukan Negara (ISN) untuk kembali memperkuatkan The Speedy Tigers.

Kelibat Syed Syafiq bagaikan nyawa buat kem negara memandangkan pertahanan berusia 30 tahun itu mampu menggalas tugas selaku pakar pukulan sudut penalti.

Ia lantaran keraguan terhadap taruhan kedua dan ketiga negara gerakan pukulan sudut penalti negara yang digalas Faris Harizan dan Harris Iskandar Osman yang masih cetek pengalaman di peringkat antarabangsa.

Persoalan sebenar, apakah Syed Syafiq mampu galas peranan itu selepas tidak beraksi di pentas kompetitif sejak dua tahun lalu bagi menumpukan fokus terhadap pelajarannya?

"Skuad negara memerlukan beberapa lagi flicker yang berpengalaman. 

"Susahlah nak tutup (strategi) pukulan sudut penalti kalau mereka tahu skuad kebangsaan hanya ada saya, jadi sudah tentu mereka akan terus menju ke arah saya.




"Malaysia memerlukan ramai pakar pukulan sudut penalti. 

"Jelajah Asutralia sangat bagus kerana berikan saya keyakinan lebih tinggi untuk daripada segi pukulan sudut penalti. 





"Saya menyasarkan setidak-tidaknya satu gol dalam setiap perlawanan jadi saya kena berusaha lebih lagi," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Untuk rekod, Syed Syafiq menjaringkan mepat gol dalam enam perlawanan Jelajah Australia yang lalu.


"Fokus kami sekarang adalah teknik; tentang bagaimana untuk mengatasi pelari pertama, kemudian barulah mengenai mengatasi penjaga gol," katanya lagi. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video