Skip to main content

Tenis

Nadal tidak hadapi masalah benam Isner

71017rafael-nadal.jpg
Rafael Nadal mempamerkan kelasnya ketika menewaskan John Isner 6-4, 7-6 (7-0) dan menempah slot ke suku akhir Terbuka China.

Isner mudah mengetepikan lawan, Leonardo Mayer, untuk ke suku akhir dan berada pada tahap terbaik untuk berdepan pemain nombor satu dunia itu, semalam.

Bagaimanapun, Nadal berjaya mendahului satu permainan untuk meraih kelebihan dan memenangi set pertama sebelum mendominasi saingan tie-break bagi memastikan kemenangan straight set ke atas pemain Amerika Syarikat itu.

Grigor Dimitrov bakal menjadi penghalang pemain dari Sepanyol itu untuk menempah tiket ke final dalam kejohanan yang dimenanginya kali terakhir pada 2005.

Nadal telah memenangi lapan daripada sembilan pertemuan dengan Dimitrov.

Advertisement

Must Watch Video