Roger Federer menyifatkan seteru utamanya dari Sepanyol, Rafael Nadal, telah menjadikan dirinya seorang pemain tenis yang lebih hebat.
Pemenang 20 kali kejuaraan grand slam itu meraih Anugerah Ahli Sukan Tahunan Dunia Laereus buat kali kelima semalam selepas terus menampilkan aksi cemerlang pada usia 36 tahun.
Federer dan Nadal telah bertemu sebanyak sembilan kali dalam aksi final kejohanan utama dan pemain dari Switzerland itu memenangi tiga daripadanya.
Kali terakhir mereka melakukan perhitungan di pentas akhir adalah ketika saingan Terbuka Australia tahun lalu, yang menyaksikan Federer menjulang kejuaraan grand slam pertamanya dalam lima tahun dan yang ketiga bagi tempoh 12 bulan.
Dia dan Nadal, bersama-sama Novak Djokovic serta Andy Murray, telah menjadi tumpuan utama dalam era tenis moden dan pemenang enam kejuaraan ATP itu percaya tahap persaingan telah memberikan banyak kebaikan buat dirinya.
"Saya akui Nadal memberikan impak besar dalam karier saya. Apabila saya tampil beraksi, status nombor satu dunia menjadi sasaran, kemudian dia muncul mencipta sensasi kerana Nadal merupakan antara bintang muda yang hebat, sama seperti Bjorn Borg," kata Federer.
"Pada mulanya, anda akan cuba bersaing dengannya dan lama-kelamaan, jelas dia lebih bagus di atas gelanggang tanah liat.
"Saya ingin berterima kasih kepadanya kerana menjadikan saya pemain yang lebih bagus. Hari ini, saya juga boleh memanggilnya sebagai seorang sahabat.
"Selepas beberapa tahun, kami kekal bersaing dan itu menjadikan aksi pada tahun lalu menarik," tambahnya.