Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM) mengambil risiko dengan tidak menyenaraikan dua pemegang pingat emas Sukan SEA edisi lalu, sebaliknya mempertaruhkan bakat muda yang langsung tidak pernah beraksi di pentas temasya dwitahunan itu yang bermula 30 November depan.
Tiada kelibat Mohd Ali Yaakub dan Ain Kamaruddin, yang masing-masing meraih emas di Kuala Lumpur 2017 dalam kategori 54 dan 57 kilogram.
Sebaliknya, PMM mengambil pendekatan berani dengan menggunakan kudrat muda, yang rata-ratanya pernah beraksi dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 untuk menggalas cabaran negara.
Biarpun ia langkah yang berisiko, namun prestasi menunjukkan barisan atlet muda itu masih mampu menterjemahkan keputusan terbaik dengan tiga emas dan dua gangsa ketika Kejohanan Muay Thai Asia Timur di Hong Kong tempoh hari.
"Masuk ke final merupakan sasaran dan meraih pingat emas adalah bonus bagi saya," kata peninju muay thai negara, Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya.
"Agak gementar kerana akan membuat penampilan pertama dalam Sukan SEA. Kami akan turun beraksi berdepan peninju yang lebih berpengalaman di Manila nanti," kata seorang lagi atlet negara, Riedzwan Norsyahmie Daud.
Di sebalik membariskan kumpulan atlet muda, PMM berjaya mendapatkan bekas jurulatih Thailand, Choochart Luangphon, yang pernah membimbing pasukan Gajah Putih itu dalam edisi Kuala Lumpur 2017, dengan jurulatih itu sudah mula melatih atlet negara sejak Mac lalu.
"Sebelum ini, saya telah mula berlatih selama dua bulan di Thailand bersama jurulatih Choochart dan kini lebih memahami setiap arahan yang diberikan," kata Awangku Abdul Rahman.