Real Madrid terpaksa melupakan khidmat dua tonggak utama pasukan iaitu perancang tengah, Arda Guler dan pertahanan, Eder Militao susulan mengalami kecederaan hamstring.
Mereka dijangkakan akan diketepikan selama empat minggu namun berpeluang cerah pulih sepenuhnya sebaik bermulanya kempen pusingan akhir Piala Dunia 2026 bagi mewakili negara masing-masing.
Advertisement
Guler mengalami kecederaan itu ketika sesi latihan terakhir sebelum pertemuan berdepan Real Betis, manakala, Militao terpaksa digantikan ketika aksi berdepan Alaves minggu lalu.
🚨 OFFICIAL: Éder Militão’s season with Real Madrid is almost over after suffering muscle injury in the biceps femoris ❌🤕
Militão will focus on returning for the World Cup 2026 🇧🇷 pic.twitter.com/cDxSASLIKf— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 23, 2026
Dengan berbaki enam lagi perlawanan dalam saingan liga, Barcelona kini menduduki tangga teratas saingan LaLiga dengan 82 mata, sembilan mata dihadapan Madrid.
Kedua-dua kelab gergasi Sepanyol itu bakal berdepan dalam aksi El Clasico di Camp Nou pada 10 Mei ini, dengan Barca boleh mengesahkan gelaran juara liga sekiranya melakar kemenangan dalam aksi itu.
