Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: 'Kami tak mahu atasi China kerana tidak mahu bertemu Malaysia'

j

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia, Rexy Mainaky, berkongsikan pengalaman Piala Thomas pertamanya ketika edisi 1992 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Jurulatih berusia 58 tahun itu mengakui Indonesia bimbang untuk berdepan Malaysia dalam saingan separuh akhir Piala Thomas 1992, dan kemungkinan di atas faktor itu Indonesia menurunan barisan kedua termasuk diriya dan gandingan ketika itu, Ricky Subagja yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki.

Advertisement

Subagja bermain dalam acara perseorangan lelaki pertama sementara Rexy di perseorangan kedua, dan kedua-dua mereka mengalami kekalahan besar.

"Kami tidak mahu menewaskan China, kerana kami tidak mahu berdepan Malaysia (dalam separuh akhir). Begitulah format kejohanan ketika itu. Kami akhirnya mara ke pentas akhir dan menentang Malaysia, tetapi tewas.

"Saya tewas dalam perlawanan akhir Piala Thomas pertama saya, kemudian menang empat kali selepas itu." katanya.

Untuk rekod, Rexy pernah memimpin Thailand mara ke final Piala Uber penuh bersejarah sebagai jurulatih pada 2018 selepas mengejutkan juara bertahan China di pentas separuh akhir.

Must Watch Video