Skip to main content

Sukan Lain

MSSM Olahraga: Hazriq Mat Kilau dinobat sebagai olahragawan

hazriq.jpg
Kontinjen Johor meraikan kemenangan berganda pada hari penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selepas muncul juara keseluruhan -- lebih manis, atlet sensasi 110 meter berpagar, Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau dinobat selaku Olahragawan bagi edisi ke-63 kali ini.

Mahkota gelaran ratu olahraga MSSM  pula jadi milik pelajar cemerlang seiring slogan Kementerian Pelajaran Malaysia, 'Anak yang baik lagi cerdik' diberikan kepada Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira yang muncul satu-satunya atlet meraih lima pingat emas.

Kontinjen Johor kembali merampas gelaran juara keseluruhan selepas memperagakan keputusan positif di sepanjang lima hari pertandingan.

Paling memukau, kecemerlangan Hazriq dalam dua acara disertainya, 110 meter berpagar serta 4x100m dengan kedua dua saingan itu melakar rekod baru kejohanan.

Hazriq kini berada di kedudukan kedua terbaik Asia dan ke-13 terbaik dunia kategori remaja.

Sensasi Hazriq itu membuka laluan buat dirinya me gimut jejak langkah idolanya, Azeem Fahmi untuk berkelana ke Amerika Syarikat di Universiti Auburn.

Sementara itu, Izzatul Musfirah melakar sejarah terunggul dengan muncul atlet paling cemerlang selepas membantu kuartet 4x400m  bawah 15 tahun Terengganu merangkul emas dan rekod baru temasya.

Ini bermakna, pelajar tingkatan 4 SMK Sultan Ahmad itu menggotakan janjinya untuk menggondol kesemua lima pingat emas dan melakar tiga rekod MSSM.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video