Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) sedang melakukan persiapan terbaik menjelang Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada Mei, Ogos dan September depan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ezauddin Hussain, berkata pihaknya menitikberatkan pendekatan yang lebih spesifik berdasarkan analisis pencapaian lalu selain merancang akan menjalankan sesi latihan lebih awal.
"Memandangkan pertandingan akan ke peringkat lebih tinggi, kami lebih menekankan aspek daya tahan pelajar," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Husna Zainuddin.
"Mereka perlu berjuang untuk diri sendiri dan sudah pasti lah mental pelajar perlu dipersiapkan, di samping latihan fizikal, juga aspek keseimbangan makanan akan didedahkan kepada pelajar.
"Mereka perlu memiliki ketahanan diri untuk bertanding di peringkat lebih tinggi," katanya.
"MSSM","MSSWP"