Kuching City berdepan dengan misi wajib menang ketika melayani kunjungan Gangwon dalam aksi keempat peringkat Kumpulan H kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) Khamis ini.
Hanya kemenangan mampu memastikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu kekal dalam saingan perebutan slot dua pasukan terbaik yang akan mara ke pusingan 16.
Lebih merisaukan, The Cats gagal mencatatkan kemenangan dalam empat aksi terakhir termasuk ketika tewas tipis 0-1 kepada Gangwon di tempat lawan 29 Oktober lalu.
Untuk rekod, Kuching City menghuni kedudukan tercorot Kumpulan H ketika ini dengan kutipan satu mata hasil daripada satu kali seri serta dua kali tewas dengan empat kali dibolosi.