Fasa ketiga Majlis Sukan-Sukan Sekolah (MSSM) 2024 bakal menjadi kejohanan terakhir dengan mempertaruhkan acara olahraga peringkat sekolah selepas tamat 23 sukan yang dijalankan sebelum ini.

Menurut Setiausaha Agung MSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muhamad Tarmizi Muhammad Nor, penganjuran fasa kedua yang melibatkan empat buah negeri yang berbeza iaitu Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pulau Pinang dipilih atas beberapa faktor yang penting.

Pengelolaan tersebut dibuat berdasarkan perkara utama selepas mempunyai kemudahan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa yang telah dianjurkan oleh kejohanan berprestij seperti Sukan SEA serta mengambil kira kos penerbangan secara terus dari Sabah dan Sarawak.

Secara keseluruhan, MSSM kali ini mendapat sambutan positif apabila ia dibantu oleh sebanyak 63 buah sekolah bersamaan 1500 orang guru dan murid bagi menjayakan kejohanan kali ini.

Dalam pada itu, atlet yang sedang meningkat naik, Adelia Nur Irwan Syazale, mahu terus mengukir nama dalam arena boling kebangsaan selepas mencipta sensasi ketika Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, Ogos lalu.

"Saya berada di landasan terbaik kerana ketika Sukma 2024 saya berjaya dapatkan pingat emas buat kali pertama mengatasi rekod memenangi pingat gangsa dua tahu lalu jadi boleh kata ada peningkatan di situ.

"Sudah tentu saya perlu membahagikan masa di antara sukan dan pembelajaran mengakui jadual sangat padat kerana saya perlu berlatih dan juga menghadiri kelas tambahan," katanya dalam segmen tetamu jemputan Nadi Arena.