Bukan dua, bukan tiga tetapi empat rekod telah dipecahkan dalam acara renang di hari kedua Kejohanan Akuatik MSSM 2023 yang berlangsung di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.
Tumpuan terarah kepada Goh Li Jie selepas berjaya memecah rekod miliknya yang dilakukan pada 2022 dengan catatan 58.23 saat.
Dan kali ini dia berjaya mencatat 56.86s selepas membuat aksi penuh bertenaga dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki B15.
Dalam acara 100 meter kuak dada lelaki B15, Yong Win Le dari Johor berjaya memadam rekod 11 tahun Tan Chong Heng dengan catatan masa 1 minit 07.85s.
Dua lagi rekod baru dicatatkan perenang muda dari Pulau Pinang, Cham Yu Xiang dengan catatan 1:04.94s dalam acara 100 meter kuak dada lelaki B18.
Sementara Aw Yuet Ting mencatatkan masa 1:17.06 saat dalam aksi 100 meter kuak dada wanita B12 tahun.