Skip to main content

Sukan Lain

MSSM Akuatik 2023: Samuel sasar pecah rekod kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

samuel-ng.jpg
Hari pertama Kejohanan Akuatik MSSM 2023 menampilkan cabaran menarik daripada atlet-atlet muda renang seluruh negara.

Tumpuan utama terarah kepada Samuel Ng dari Sabah yang kembali pulih daripada kecederaan untuk mengungguli saingan kuak kupu-kupu lelaki bawah 18 tahun.

Kini Samuel ingin kembali berlatih bersama kem negara dan sasar untuk memecah rekod kebangsaan pada masa akan datang.

"Sangat gembira kerana sebelum ini mengalami kecederaan. Saya kembali berlatih di Sabah dan berjaya melakukan persembahan yang baik kali ini. Saya meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 50 meter gaya bebas di Sukma tahun hadapan," katanya menerusi Nadi Arena.

Dalam kategori 200 meter gaya bebas lelaki bawah 18 tahun pula, kejutan berlaku menerusi perenang pilihan ketiga, Vanness Tee dari Pulau Pinang berjaya mengetepikan cabaran perenang pilihan utama dengan catatan 2:00.14 saat.

Sementara itu, saingan perempuan pula menyaksikan Pulau Pinang sekali lagi meraih kemenangan menerusi Yeap Mei kuan. 

Watak utama dalam acara yang berlangsung hari ini berjaya berjaya meraih satu emas dan satu gangsa dalam acara 200 meter gaya bebas dan 50 meter kuak dada bawah 18 tahun.

Mei Kuan menyifatkan kejayaan itu sebagai satu tonik penting demi mempertingkatkan prestasi menjelang Sukma Sarawak tahun hadapan.

Advertisement

Must Watch Video