Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

MSN umum penganjur LTdL 2018 tak lama lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

020118ltdl.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menegaskan Majlis Sukan Negara (MSN) bakal memuktamadkan pemilihan penganjur perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 tidak lama lagi.

Pemilihan penganjur LTdL 2018 menimbulkan persoalan kerana tempoh yang semakin singkat sebelum perlumbaan dijadualkan berlangsung pada pertengahan Mac depan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, syarikat yang dipilih itu bukan asing dalam penganjuran LTdL kerana pernah menganjurkannya sebelum ini.

Khairy menyerahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membuat pengumuman rasmi.

"MSN akan membuat pengumuman penganjur LTdL dalam masa terdekat," katanya.

Advertisement

Must Watch Video