Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

MSN: Syakilla mampu ke Tokyo dengan kategori 61kg

syakilla-salni-jefferi-krishnan.jpg
Majlis Sukan Negara (MSN) yakin ratu karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan, mampu melayakkan diri dalam kategori 61 kilogram ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun kesuntukan masa untuk mengumpul mata kelayakan.

MSN akan mengadakan perbincangan dengan Syakilla esok bagi menentukan hala tuju bekas jaguh karate nombor satu dunia itu.

Jika segala-galanya berjalan lancar, Syakilla akan mengikuti program skuad kebangsaan bagi kategori 61kg. 

Namun, jika sebaliknya berlaku, dia akan menarik diri dan bergerak secara profesional untuk mengutip mata kelayakan ke temasya itu.

"Syakilla memerlukan masa untuk berfikir dan kami telah memberikan masa kepadanya.

"Dia akan memberikan pandangannya selepas mengadakan perbincangan dengan kami.

"Dia akan bertemu dengan saya esok bagi membincangkan tindakan selanjutnya mengenai bantuan yang dapat kami berikan kepadanya," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Syakilla terpaksa menamatkan program latihan di Amsterdam, Belanda, ekoran kecederaan dan masalah berat badan.

Dia terlepas dua Kejohanan Dunia K1 di Qatar dan Austria yang mengakibatkan ranking dunianya jatuh ke tangga ke-69.

Advertisement

Must Watch Video