Skip to main content

Sukan Lain

MSN ambil alih program latihan skuad petanque

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petanque.jpg
Kem petanque negara kini kelihatan lebih ceria selepas Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih program latihan mereka.

Atlet petanque negara, Syed Akmal Fikri berkongsi kelegaannya apabila perbalahan antara dua persatuan terbabit telah tamat dan kini mereka boleh kembali menumpukan perhatian kepada latihan.

Akmal juga berkongsi bahawa setelah kemelut itu berakhir, mereka yakin mampu mencapai sasaran yang diletakkan MSN pada Sukan SEA Vietnam iaitu dua pingat emas.

Walaupun disebalik keyakinan itu, kem petanque negara kurang kejohanan antarabangsa akibat penularan COVID-19.

Advertisement

Must Watch Video