Hari Kemerdekaan yang ke-68 ini memberi makna berbeza buat dua pelumba pasukan 55twelveracing, Hafez Kamaruddin dan Faidzil Alang selepas menamatkan 118 pusingan perlumbaan MSF Merdeka di tempat pertama.
Kekecewaan tahun lalu berjaya ditebus dengan prestasi cukup cemerlang apabila mendominasi keseluruhan perlumbaan di kedudukan teratas sejak mula.
Strategi melibatkan konsistensi pemanduan dengan kadar kelajuan sederhana pada awal perlumbaan serta aturan masa memasuki 'pit stop' ternyata membuahkan hasil.
Juara pusingan pertama, kedua dan ketiga, kemenangan itu menyaksikan mereka semakin hampir dinobatkan sebagai juara keseluruhan perlumbaan MSF dengan berbaki satu pusingan.
"Kami mengikut rentak pelumba lain di permulaan. Kami juga berdepan jentera yang cukup bagus apabila tetapan kenderaan kami berada di tahap terbaik sekaligus memastikan kemenangan saingan kali ini," katanya menerusi Nadi Arena.