Skip to main content

Sukan

MSdeaf, atlet pekak negara terbang ke Jepun 2 minggu awal hadapi Deaflympic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

deaf.jpg
Episod membanggakan kem negara apabila mencapai kegemilangan berganda menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini dengan kontinjen pekak Malaysia membawa pulang 52 pingat secara keseluruhan dari Jakarta, Indonesia.

Edisi kedua itu menyaksikan Malaysia mengungguli saingan dengan rekod luar biasa melepasi sasaran yang ditetapkan. 

Sebanyak 25 pingat emas, 16 perak dan 11 gangsa berjaya dicapai dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, sekali gus menjadi misi untuk terus mengekalkan kecemerlangan pada edisi seterusnya di Pulau Pinang pada 2027 nanti.

"Kami sudah menggerakan kerja untuk penganjuran edisi ketiga.

"Seperti biasa, atlet akan berkampung di latihan pusat, namun perlu mengharapkan dana daripada pihak kerajaan juga.

"Kami juga telah meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mencadangkan bajet penganjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 




"Maklum balas yang diterima sangat baik. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang banyak membantu," kata Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSdeaf)," Dr. Ong Shin Ruenn. 

Ketika ditemu bual dalam segmen tetamu jemputan Nadi Arena, MSdeaf dilihat sudah bersedia mengharungi Kejohanan Deaflympic di Jepun.

"Persiapan sudah bermula sejak tahun lalu.
Redoxon

Sentiasa Ready, Sentiasa Kuat

Macam mana pun cabaran, bila badan sihat semua jadi lebih mudah. Lengkapkan rutin harian anda dengan Redoxon.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video