SEPAK TAKRAW
MSC sedia bubar jika ASTAF terima semula PSM
Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) kekal dengan pendirian untuk bubar, seandainya Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) kembali menerima Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungan.
Menurut presiden MSC, Datuk Suhaili Abdul Rahman, kewujudan MSC adalah demi kelangsungan sepak takraw negara, bukannya atas dasar kecewa atau dendam dengan PSM.
Tambah Suhaili, masa depan sepak takraw negara kini terletak kepada keputusan ASTAF yang akan menentukan siapa berhak bertindak sebagai badan induk sepak takraw di Malaysia.
Iklan
"Saya berpegang kepada prinsip -- berpijak kepada bumi yang nyata. Realiti mengapa MSC ditubuhkan adalah kerana PSM tidak diterima oleh ASTAF," kata Suhaili.
"Sekiranya berlaku sesuatu perubahan yang drastik, seperti PSM diterima semula ASTAF, jadi mengapa MSC perlu diteruskan. Saya tetap bertegas jika ASTAF mempertimbangkan semula PSM, MSC akan dibubarkan."
Untuk rekod, MSC secara rasmi diluluskan penubuhannya oleh pejabat Pesuruhjaya Sukan 10 Februari lalu.
Must-Watch Video