Todak berjaya mendapatkan kemenangan penting demi memastikan slot ke pusingan play-off bersama tiga pasukan lain, Team Vamos,Red Esports dan Selangor Red Giants (SRG).

Kemenangan keatas Rey itu menyaksikan Rey terlebih dahulu memenangi perlawanan pertama sebelum diikat semula oleh Todak.





Goldlaner Todak, Muhammad Danial atau dikenali sebagai Ciku mengakui gugup, namun pertukaran strategi yang dilakukan berjaya menyaksikan Todak bangkit semula pada aksi penentuan bagi merealisasikan misi ke peringkat seterusnya selain merebut peluang ke M6.

"Selepas melepasi play-off, kami sasar ke M6 pula.

"Saya mahu bermain di M6 kerana Malaysia menjadi tuan rumah sama seperti ketika penganjuran kali pertama di sini.

"Kami harus berhati-hati dengan dengan kesilapan dan yakin kami mampu buat lebih baik selepas ini," katanya kepada Nadi Weekend.