Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

E-Sukan

MPLMY S13: Homebois atau SRG, pasukan mana pilihan anda?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpl-my-homebois-srg.jpg
Sudah pastinya kita nak tengok hiburan antara Goat of Taunting vs Prince of Taunting, bukan?

Namun, ini adalah MPL. Kita bukan sekadar mahu melihat siapa yang paling power taunting, siapa paling spicy, tapi kita nak tengok Mampu atau tidak Sang Gergasi Merah itu Merampas Trofi.



Menjadi pasukan pertama yang melengkapkan senarai pemain pada musim kali ini, Selangor Red Giants perlu bangkit dari 'trauma' musim lalu apabila tewas 0-3 kepada Homebois pada peringkat Upper Bracket Final.

Selain itu, jika Stormie diletakkan dalam barisan utama esok, kita juga bakal menyaksikan perlawanan antara Spicy Kage Udil dan Mage Prodigy.
 


Di bahagian Jungle pula kita ada: "Sekysss, siapa Sekysss?" Pertarungan Retri antara Sekysss dan Chibi juga bakal menjadi tumpuan.

Dengan kedua-dua pasukan diperkukuhkan dengan pemain import, perlawanan ini sebenarnya juga adalah reunion antara Coach Nobody/Nets dan Kramm yang sebelum ini bermain untuk ONIC PH.

Semua persoalan ini akan terjawab jam 4 petang ini di Stadium MBSJ Serdang Jaya, Selangor dan secara langsung di Astro Arena.

Jom sama-sama kita menyaksikan era baharu MLBB Malaysia!

#MLBBMPL #MLBBesports #MPLMYS13 #MLBBEsports #NewEra #M6LAYSIA #IniGayaKita
 

Advertisement

Must Watch Video