Team Vamos sah melepaskan khidmat gold laner mereka, Kenneth Barro turut dikenali sebagai Nets, yang bakal kembali ke Filipina bagi mengharungi musim depan dengan pasukan yang baru di saingan MPL Filipina (FP) bagi musim ke-16.
Untuk makluman, Nets telah beraksi di saingan MPL MY sejak musim ke-13. Pasukan pertama yang mendapatkan khidmat Nets adalah Homebois untuk menggantikan Raizel yang pulang ke Indonesia setelah muncul juara musim ke-12.
Banyak pencapian yang berjaya diraih Nets sepanjang berkelana di Malaysia antaranya adalah muncul Naib Juara berturut-turut. Nets berpindah dari pasukan Homebois ke Team Vamos sebelum bermula musim ke-14.
Nets juga telah beraksi di peringkat MSC 2024 bersama pasukan Homebois dan menduduki tempat ke-5 hingga 8. Dia juga pernah beraksi di M6 World Championship bersama Team Vamos pada 2024 selepas muncul naib juara MPL MY musim ke-14.
Nets dilihat sebagai antara gold laner terbaik yang pernah beraksi di saingan professional Malaysia dan banyak momen penting yang berjaya dicipta oleh pemain Filipina tersebut.
Hingga kini umum masih menanti pasukan baru yang bakal mendapatkan khidmat Nets. Selamat maju jaya diucapkan buat Nets dan diharapkan semoga terus bersinar dimana jua dia bermain selepas ini.